Gerald Templer
Gerald Templer

Gerald Templer

Fil Marsyal (Tun) Sir Gerald Walter Robert Templer, SMN[nota 1][1]KG, GCB, GCMG, KBE, DSO (11 September 1898 – 25 Oktober 1979) adalah seorang pegawai kanan Tentera Darat British yang berjuang di kedua-dua Perang Dunia I dan Perang Dunia II . Beliau terkenal kerana berjaya mematahkan pemberontakan gerila komunis di Malaya antara tahun 1952 dan 1954. Templer telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu pada tahun 1952 bagi menggantikan Sir Henry Gurney, pesuruhjaya yang telah dibunuh oleh komunis pada 6 Oktober 1951 , semasa dalam perjalanan ke Bukit Fraser. Beliau memperhebatkan Rancangan Briggs untuk menentang komunis. Beliau menyedari bahawa penggunaan senjata semata-mata tidak akan berjaya menentang komunis.Oleh itu beliau telah melancarkan kempen ‘memenangi hati dan fikiran rakyat’ Beliau telah menawarkan hadiah-hadiah yang besar kepada mereka yang berjaya menangkap atau membunuh komunis. Tawaran terhadap Chin Peng adalah sebanyak $250 000. Templer juga mengisytiharkan kawasan putih dan kawasan hitam. Pada tahun 1954, Templer meninggalkan Tanah Melayu selepas komunis gagal merampas kuasa. Beliau telah digantikan oleh Donald MacGilivray. Selepas itu beliau berkhidmat sebagai Ketua Turus Am Imperial, iaitu ketua profesional Tentera Darat British, dari tahun 1955 hingga 1958. Beliau merupakan ketua penasihat ketenteraan kepada Perdana Menteri Anthony Eden semasa Krisis Suez.Kerajaan Malaysia telah menamakan Dewan Utama di Maktab Tentera Diraja, Kuala Lumpur di Sungai Besi, sebagai "Dewan Tun Templer" sebagai menghormatinya.[2] Mereka juga menamakan Hutan Lipur Templer di Rawang sebagai penghormatan jasa beliau di Malaysia.[3]

Gerald Templer